Saturday, March 10, 2012

New FF , coming soon ..

Annyeong readers :) .
tak lama lagi saya akan buat new FF , tajuknya ialah "We are just a Bestfriend" .
Dipendekkan jadi "Just a Friend" . Coming soon .. Main character dia adalah
YoonA dan Ryeowook , siapa yg minat 2 orang ni , bolehlah baca ..
Sorry kalau FF sbelum ni x best and FF yg saya akan buat ni x best . Just wanna
give a try . Hee :D , OK , tu je rasanya , Annyeonggaseyo :D .

-Sya <3 Yoonhae-

Wednesday, January 25, 2012

Love Is Blind ( SP6 ) ..

++++++++++++++++++++++++++++++

Omma Tae Ri terbangun daripada tidurnya . Kemudian , dia melihat Tae Ri yang
sedang tidur di tangannya."Tae Ri , bangun , sayang."Ibu Tae Ri mengejut Tae Ri
sambil tersenyum tawar.Tae Ri bangun daripada tidurnya dan terus berkata ,"Omma,nasib baik omma selamat .."Kemudian , ibu Tae Ri bertanya,"Siapa yang selamatkan omma?Omma mahu berterima kasih kepadanya."Tae Ri tersenyum dan menjawab ,"Dia adalah seorang doktor di hospital ini.Dia adalah bekas teman lelaki Tae Ri,Ryeo Min."Ibu Tae Ri terkejut mendengar penjelasan anaknya itu.Ibu Tae Ri terdiam kemudian Tae Ri mengeluarkan makanan dari begnya."Omma , makanlah.Tae Ri yang masak semua ni.
"Ibu Tae Ri menjawab,"Gomawo Tae Ri , omma makan dulu ya."

+++++++++++ Dua minggu kemudian.++++++++++++

Omma Tae Ri memanggil Tae Ri kemudian menyuruh Tae Ri duduk di sofa."Ada
apa omma panggil Tae Ri ?"tanya Tae Ri yang terpinga-pinga."Omma ada satu
berita yang akan menggembirakan kamu."jawab ibu Tae Ri sambil tersenyum
tawar.Tae Ri yang teruja pun bertanya,"Cepatlah omma , Tae Ri tak sabar
nak dengar berita tu."Ibu Tae Ri menarik nafas panjang dan berkata,"Tae Ri,
disebabkan Ryeo Min sudah berjaya , kaya dan dia seorang yang baik hati .
Omma benarkan kamu berkahwin dengannya."Tae Ri yang terkejut sambil
tersenyum lebar hingga ke telinga menjawab,"Jinja?Omma , gomawo !!
Saranghaeyo omma!"Ibu Tae Ri hanya tersenyum sambil memandang Tae Ri.

++++++++++++ Keesokan hari.. ++++++++++++++++

"Oppa , kita jumpa di tempat biasa ya.Annyeong."cakap Tae Ri di dalam telefon.
Apabila mereka berada di taman yang pertama kali mereka bercinta,Tae Ri
mengajak Ryeo Min duduk di sebuah bangku."Oppa,saya ada berita yang amat
gembira."cakap Tae Ri sambil tersenyum teruja."Apa dia ?"pendek sahaja
pertanyaan Ryeo Min.Tae Ri menarik nafas panjang sambil tersenyum kemudian
dia berkata,"Kita boleh berkahwin ! Saranghae oppa!!"Ryeo Min terkejut dengan
penjelasan Tae Ri kemudian tersenyum lebar."Jinja?Tae Ri tak tipu?
Saranghae!"jawab Ryeo Min yang tak percaya dengan penjelasan Tae Ri.

+++++++++++ Tiga bulan kemudian.. +++++++++++

"Tahniah Tae Ri.Tahniah Ryeo Min."Cakap Seo Ri dan Yoo Ri yang tersenyum
gembira melihat rakannya berkahwin dengan lelaki idamannya."Well done,
Ryeo Min , kata Soo Hyun yang juga gembira melihat perkahwinan mereka.
"Tae Ri,congratulations.I hope you two will be happy forever."kata Steffina
yang terlalu gembira dengan perkahwinan Tae Ri dan Ryeo Min.Jo Min yang
sedang sakit hati duduk di kerusi sambil mengetuk meja."Tae Ri ! Arghh , geramnya aku!"kata Jo Min yang marah.Steffina datang ke meja Jo Min dan
berkata ,"Jo Min , let's get married too.Tae Ri dah jadi isteri orang,takkan lah
you nak kahwin dengan dia?"Jo Min hanya menahan marah di dalam hatinya.
Akhirnya,Tae Ri dan Ryeo Min berkahwin.Mereka amat gembira kerana dapat
bersama.Ibu serta rakan-rakan Tae Ri dan Ryeo Min gembira melihat mereka
berdua."Oppa , saranghaeyo."kata Tae Ri ."Saranghaeyo Tae Ri."jawab Ryeo Min
yang tersenyum.
THE END..

Saturday, December 31, 2011

Love Is Blind .. (SP5)

++++++++++++++++++++++++++++

"Oppa ! Tunggu kejap !" jerit Tae Ri yang memanggil Ryeo Min.Setelah Tae Ri
berada di depan mata Ryeo Min , Ryeo Min bertanya ,"Ada apa , Tae Ri ?.Muka
Tae Ri nampak seperti sedih kemudian Tae Ri berkata ,"Oppa , saya ada satu
berita yang amat menyedihkan."Ryeo Min pun menjawab ,"berita yang
amat menyedihkan ? Berita apa ?"Tae Ri terus memeluk Ryeo Min
sambil menangis-nangis ."Kita kena putus sebab omma suruh dan Tae Ri tak
boleh kahwin dengan oppa.Tae Ri tak tahu siapa yang beritahu omma pasal
ni.Oppa , saranghae .. Kenapa semua ni terjadi ?"kata Tae Ri yang sedang
menangis-nangis . Jo Min yang bersembunyi tersenyum jahat dan dia berkata,
"Hahaha , sekarang kau jadi milik aku." Ryeo Min yang mendengar penjelasan
Tae Ri berasa sedih.Kemudian dia menjawab ," Tae Ri , Saranghae , tapi ,
Tae Ri kena ikut cakap omma . Tae Ri kena jadi anak yang baik ." Ryeo
Min mencium dahi Tae Ri buat kali yang terakhir . Kemudian Ryeo Min berkata,
"Annyeong Tae Ri , semoga Tae Ri bahagia dengan orang yang akan mengahwini
Tae Ri ."Tae Ri meraung ,"Aniyo! oppa , saya takkan bahagia tanpa oppa ,
oppa ! Oppa !"Ryeo Min pergi tanpa menoleh ke belakang , dia berazam mahu
belajar bersungguh-sungguh supaya dia boleh menjadi doktor yang berjaya .
Tae Ri pulang ke rumah sambil bermasam muka dan dia terus menangis
sebaik sahaja dia baring di atas katilnya .

++++++++++ Setahun kemudian .. ++++++++++++

"Tae Ri , bila kamu nak kahwin ? Kamu nak tunggu Ryeo Min ? Dahlah ,
baik kamu kahwin dengan Jo Min , dia adalah jodoh kamu! ",tanya ibu Tae Ri.
"Tae Ri tak akan kahwin dengan sesiapa kecuali Ryeo Min ! Tae Ri tak kisah
kalau tak dapat berkahwin ",jawab Tae Ri yang sakit hati dan sedih."Sudahlah,
malas omma nak cakap dengan kamu ! Omma nak keluar dan membeli - belah",
jawab omma Tae Ri lagi.Tae Ri menghiraukan ibunya yang sudah keluar
kemudian dia berkata,"Saya akan tunggu oppa menjadi doktor.Saranghae."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Lebih bagus membeli-belah daripada menasihati Tae Ri yang keras kepala tu",
cakap omma Tae Ri.Sedang omma Tae Ri melintas jalan , sebuah kereta melanggarnya.Pemandu yang berada di dalam kereta itu meninggalkan ibu
Tae Ri yang berdarah-darah.Seorang pemuda yang lalu di situ segera pergi
ke ibu Tae Ri , dia membawa ibu Tae Ri ke hospital.Lelaki itu adalah seorang
doktor di hospital itu , dia merawat ibu Tae Ri."nurse , tolong telefon anaknya."
kata lelaki itu."Baiklah , saya akan menelefon anaknya."jawab jururawat itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Apa?!Omma kemalangan?Di mana?Baiklah,saya ke sana sekarang."jawab Tae Ri
yang cemas . Dia segera pergi ke hospital yang disebut oleh jururawat itu."Annyeong,di manakah bilik pesakit yang masuk tengahari tadi ? Namanya
Kim Min Yu."tanya Tae Ri."Biliknya berada di tingkat 2 , nombor 321."jawab
jururawat yang bertugas di situ.Tae Ri segera masuk ke dalam lif , sebaik sahaja
sampai ke bilik ibunya , dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya.
Dia masuk ke bilik itu dan berjalan dengan perlahan , kemudian dia berkata,
"Ryeo Min.." Lelaki itu terkejut dan juga menyebut nama Tae Ri . Tae Ri memeluk
lelaki itu dan dia berkata sambil menangis ,"Oppa , jangan tinggalkan Tae Ri
lagi , Saranghae oppa !"Lelaki itu membalas pelukannya dan berkata,"Mianhaeyo ,oppa tak boleh bersama Tae Ri, ibu Tae Ri tak benarkan Tae Ri berkahwin dengan oppa."

*sambungan di post ke-6*

Friday, December 30, 2011

Love Is Blind .. ( SP4 )

++++++++++ Di rumah Tae Ri +++++++++++

"Annyeonghaseyo , ada orang di rumah ?"Jo Min mengetuk pintu rumah Tae Ri .
Ibu Tae Ri membuka pintu kemudian bertanya ,"Ya , kamu cari siapa ?"Jo Min
menjawab ,"Saya cari ibu Tae Ri , mak cik ke ibu Tae Ri ?"."Ya , saya ibu Tae Ri ,
kamu kawan dia ya ? Jemput masuk ." jawab ibu Tae Ri yang menjemput Jo Min
masuk ke dalam rumahnya ."Kenapa kamu datang ke sini cari mak cik?" tanya
ibu Tae Ri yang kehairanan ."Saya datang ke sini kerana saya mahu memberitahu
sesuatu kepada mak cik.Sebenarnya , saya sukakan Tae Ri , tetapi seorang
budak yang miskin merampas Tae Ri daripada saya.Tae Ri lebih sukakan dia
daripada saya." jawab Jo Min yang tersenyum jahat ."Apa ?! Anak orang miskin?!
Tidak mungkin Tae Ri bercinta dengan budak seperti itu ! Tidak mengapa ,
nanti mak cik akan menyuruh dia berkahwin dengan kamu ." jawab ibu Tae Ri
yang marah dan terkejut dengan kelakuan Tae Ri ."Baiklah , saya pergi dulu.
Annyeonggaseyo."Jo Min salam dengan ibu Tae Ri . Setelah Jo Min pergi , ibu
Tae Ri berkata di dalam hatinya ,"patutlah kebelakangan ini Tae Ri tidak habis-
habis keluar."Jo Min yang sedang memandu keretanya berkata,"Hahaha ,
Tae Ri , selepas ini kau tidak akan bersama budak tu lagi.Kau akan jadi milik
aku , Hahaha."

++++++++++++++++++++++++++++

"Tae Ri ! Mari sini sekejap ." panggil ibu Tae Ri ."Ya , omma . Ada apa ?" jawab
Tae Ri yang duduk di sofa ."Omma dengar kamu bercinta dengan budak lelaki
yang miskin , betul ?!"tanya ibu Tae Ri .Tae Ri sempat berkata dalam hatinya ,
"Alamak , macam mana omma boleh tahu pasal ini ? Siapa yang beritahu
omma ? Habislah saya dan Ryeo Min !"Tidak lama kemudian ,Tae Ri menjawab
pertanyaan ibunya itu."Ya , omma , saya bercinta dengan lelaki yang sederhana
miskin."Ibunya yang marah itu berdiri dan memarahi Tae Ri ,"Tae Ri ! Kamu
tidak boleh bercinta dengan lelaki itu lagi , kamu tidak akan kahwin
dengannya ! Kita ini orang yang kaya , kamu mahu malukan omma ?! Mulai
hari ini , kamu jangan berkawan dengan dia lagi !"kata-kata ibu Tae Ri
membuatkan Tae Ri sedih dan dia berkata ,"Omma , walaupun dia miskin ,
tapi dia seorang yang baik , kacak dan pandai .Omma , janganlah macam
ini ."kata Tae Ri yang sedang menangis ."Omma kata tidak boleh , tidak boleh
lah ! Kamu tidak faham ?!" Kemudian ibu Tae Ri pergi ke dapur . Tae Ri
berlari ke biliknya sambil menangis teresak-esak .Dia mahu kahwin dengan
Ryeo Min."Oppa , saranghae ! Tapi , kenapa omma tak kasi Tae Ri kahwin
dengan oppa ?"kata Tae Ri dalam hatinya .


Sambungan di post ke-5 , hehe :D .

Thursday, December 29, 2011

Love Is Blind ( SP3 ) ..

Tae Ri memakan aiskrimnya sambil berbual-bual dengan Seo Ri dan Yoo Ri .
Kadang-kadang , Tae Ri memandang Ryeo Min yang sedang bekerja . Tae Ri
berkata di dalam hatinya ,"Oppa , sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan oppa .
Saranghaeyo , Tae Ri tak kisah kalau oppa sederhana miskin.Oppa sangat baik
dan amat kacak , itulah sebab Tae Ri suka oppa."Tae Ri sedih kerana Ryeo Min
tidak tahu yang Tae Ri sudah jatuh cinta dengannya.Sewaktu Tae Ri , Seo Ri dan
Yoo Ri keluar dari kedai ,Ryeo Min berkata ,"Mianei , noona .Saya cuma anak
orang yang sederhana miskin.Tidak mungkin saya akan berkahwin dengan
awak."Ryeo Min sedih kerana dia tidak setanding dengan Tae Ri .

+++++++++++++++++++++++++++++

Keesokan harinya , Tae Ri datang ke universiti seperti biasa ."Tae Ri unnie !!
Ada orang bagi awak sejambak bunga ros merah bersama kad ."jerit Seo Ri
yang sangat teruja ."Ada orang kasi saya ini ? Siapa yang kasi , Seo Ri ?" tanya
Tae Ri yang ingin tahu ."Mianei Tae Ri , kami berdua tidak tahu siapa yang
beri awak bunga ini . Ada orang hantarkan sahaja tetapi dia tidak memberitahu
saya siapa yang beri bunga ini kepada awak."panjang lebar jawapan yang
Seo Ri berikan ."Oh,tidak mengapalah.Wanginya bunga ini , saya suka bunga
ros merah ini."jawab Tae Ri yang amat suka dengan bunga-bunga ros itu .
"Baguslah jika awak suka dengan ros merah yang saya beri , saranghae Tae Ri ."
kata Ryeo Min yang bersembunyi di belakang pokok .

+++++++++++++++++++++++++++++

"Ryeo Min , tunggu sekejap . Saya mahu bercakap dengan awak di taman
sebentar , boleh kan ?"tanya Tae Ri yang merayu kepada Ryeo Min ."Arasso ,
Tae Ri."pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Ryeo Min . Mereka berdua
pergi ke taman , tiada siapa-siapa berada di situ kecuali mereka berdua .
"Ryeo Min , sebenarnya saya .."Tae Ri tidak dapat menyambung perkataan
kerana dia malu ."Sebenarnya saya apa , Tae Ri ?"tanya Ryeo Min yang pelik
dengan Tae Ri ."Saya suka awak , saranghaeyo oppa!"Tae Ri memeluk Ryeo
Min yang pelik dengan kelakuan Tae Ri ."Sebenarnya , saya pun suka awak ,
saranghaeyo Tae Ri !"jawab Ryeo Min yang juga mencintai Tae Ri . Seo Ri dan
Yoo Ri di belakang pokok terkejut dengan kelakuan Tae Ri . Tiba-tiba Yoo Ri
berkata ,"Oh My God , sweetnya mereka.Kalau lah itu saya dan lelaki idaman
saya."Seo Ri mengangguk kerana dia rasa Tae Ri amat sesuai dengan Ryeo Min.
Park Jo Min yang bersembunyi di pokok lain diekori oleh Steffina . Jo Min
amat marah dan geram dengan Ryeo Min . Kerana Ryeo Min sudah merampas
Tae Ri daripadanya ."Tae Ri ! Kenapa kau layan budak miskin itu ?! Aku lebih
kacak , baik dan kaya daripada dia !"Jo Min benar-benar marah dengan
Ryeo Min.Steffina tersenyum gembira kerana Tae Ri suka kepada Ryeo Min .
"Bagusnya mereka bercinta , selepas ini , tiada siapa yang boleh mengambil
Jo Min daripada aku." Lee Soo Hyun yang bersama Yoo Ri dan Seo Ri tersenyum
kerana ada orang menyukai Ryeo Min."Untungnya Ryeo Min kerana mendapat
teman wanita seperti dia.Semoga kamu berdua bahagia."

+++++++ Selepas beberapa bulan ++++++++

Tae Ri dan Ryeo Min selalu pergi keluar untuk janji temu. Mereka amat gembira
dan sangat mesra . Pada suatu hari di universiti , Ryeo Min sedang menunggu
Tae Ri di kafe universiti . Tiba-tiba Jo Min datang kepada Ryeo Min dan dia
terus menumbuk Ryeo Min ."Kenapa dengan kau , Jo Min ? Tiba-tiba nak
tumbuk aku ." tanya Ryeo Min yang sakit ."Aku tak nak kau dekati Tae Ri lagi ,
dia itu aku punya! Kau cuma anak orang miskin yang tak setanding dengan
Tae Ri !" jawab Jo Min yang sedang marah ."Ryeo Min , kenapa awak macam
ini ? Jo Min , awak tumbuk dia ya ?!" tanya Tae Ri kepada Ryeo Min dan Jo Min.
"Kenapa awak suka dia ?! Saya lebih pandai , baik dengan kacak daripada dia."
jawab Jo Min yang memuji dirinya sendiri ."Suka hati sayalah mahu dengan
siapa , itu bukan masalah awak ! Ini hak saya , sudah , jangan kacau Ryeo Min
lagi ! Kalau tidak , saya tidak akan berkawan dengan awak lagi !" jawab Tae Ri
yang amat marah dengan kelakuan Jo Min ."Awak tidak apa-apa ? Mianei
kerana saya terlambat." tanya Tae Ri yang amat risau dengan Ryeo Min .
"Saya tidak apa-apa , awak janganlah risau."jawab Ryeo Min yang sudah
bangun .Selepas itu , mereka beredar daripada situ . Steffina gembira dan
marah kerana Jo Min masih sukakan Tae Ri , tetapi Steffina gembira kerana
Tae Ri tidak suka dengan Jo Min lagi .


Sambungan di post ke-4 :) , mianei , panjangkan ? :D

Love Is Blind .. ( SP2 )

Selepas tamat kuliah ..

Tae Ri , Seo Ri dan Yoo Ri keluar daripada bilik kuliah lalu mereka menuju ke
kafe universiti . Sedang mereka berjalan , Tae Ri ternampak lelaki yang melanggarnya tadi . Dia berteriak ,"Hei , tunggu sebentar !" Ryeo Min pusing ke
belakang dan melihat perempuan yang dilanggarnya sebelum kuliah bermula .
Tae Ri berlari menuju ke tempat Ryeo Min sedang berdiri . "Kamu nak apa
panggil saya?" tanya Ryeo Min . Tae Ri menjawab ,"Tidak ada apa-apa , Hmm , ileumi meo eyo ? Jeoneun Kim Tae Ri imnida, selamat berkenalan." Tae Ri
tersenyum sambil menghulurkan tangannya , Ryeo Min bersalaman dengan
Tae Ri kemudian dia menjawab pertanyaan Tae Ri ,"Jeoneun Ryeo Min imnida, awak anak orang kaya bukan ? Saya anak orang sederhana miskin , saya gembira
berkenalan dengan awak . Tetapi , saya tahu yang awak tidak suka orang yang
miskin ." Tae Ri terkejut kemudian dia menjawab ,"Ya , saya memang anak
orang kaya , tapi , apa salahnya saya kawan dengan awak ?" Tae Ri terdiam ,
mungkin Ryeo Min sudah tahu dia tidak melayan lelaki sepertinya . Seo Ri
dan Yoo Ri terpinga-pinga melihat Tae Ri yang melayan lelaki itu . Yoo Ri
pergi ke Tae Ri dan dia berbisik di telinga Tae Ri ,"Tae Ri ahh~ , kenapa tiba-
tiba awak melayan lelaki itu ? Siapa dia ?" ."Dia adalah lelaki yang melanggar
saya tadi." Jawab Tae Ri .Ryeo Min kembali bercakap ,"Tidak mengapalah
jika awak mahu kawan saya dengan ikhlas . Saya pergi dulu , annyeong Tae Ri ."
Tae Ri tidak sempat menjawab tetapi dia melambai tangannya sahaja . Park
Jo Min yang memerhatikan Tae Ri dari jauh berkata ,"Siapa lelaki itu ?! Dia
mahu mengganggu Tae Ri ?! Aku tidak akan biarkan dia mendekati Tae Ri !".
Steffina yang juga memerhatikan Tae Ri dan Jo Min berkata ,"Kenapa Jo Min
tertarik sangat dengan Tae Ri itu ?! Saya lebih cantik lah , Ishh , bencinya!!"
Selepas Ryeo Min pergi , Tae Ri dan rakan-rakannya beredar daripada situ .

++++++++++++++++++++++++++++

"Omma , ini saya , Ryeo Min , saya sudah balik." Ryeo Min mengetuk pintu
rumahnya sambil memanggil ibunya . Selepas beberapa saat , ibu Ryeo Min
membuka pintu dan berkata ,"Maafkan omma ya , Ryeo Min . Ibu tidak dengar
panggilan kamu kerana omma di dapur ." Ryeo Min tersenyum dan
menjawab ,"Tidak mengapa , omma ." Ryeo Min memasuki rumahnya yang
kecil kemudian dia meletakkan begnya di kerusi . "Ryeo Min , kamu akan
bekerja pada hari ini?" tanya omma Ryeo Min ."Ya , omma . Hari ini , saya
tidak terlalu penat , jadi saya boleh bekerja . Saya mandi dulu ya , omma."
jawab Ryeo Min yang sudah memasuki bilik air .

+++++++++++++++++++++++++++

Tae Ri duduk di atas katilnya sambil membaca majalah . Sambil membaca
majalah , Tae Ri memikirkan percakapan Ryeo Min di universiti . Tidak
lama kemudian , Tae Ri mendapat panggilan daripada Seo Ri ."Annyeong
Tae Ri , awak nak pergi jalan-jalan tak ? Saya dan Yoo Ri bosan di rumah .
Jom pergi ke kafe atau shopping ."tanya Seo Ri yang sedang bosan ."Hmm ,
bagus jugak cadangan awak . Arasso , pukul 4 , kita jumpa di tempat biasa ,
ya ? Annyeong , Seo Ri ."jawab Tae Ri , dia terus menghentikan percakapan
itu .

+++++++++++++++++++++++++++

"Omma , saya keluar pergi kerja dahulu , ya ." Ryeo Min salam dengan ibunya .
"Baiklah , kamu hati-hati dan jangan balik lambat sangat.Annyeonggaseyo
Ryeo Min." Ryeo Min tersenyum sambil melambaikan tangannya kepada ibunya.
Di tempat kerja Ryeo Min , Ryeo Min menjadi cashier di kedai aiskrim. Dia
selalu mendapat lebihan duit daripada pelanggan . Kerana , Ryeo Min
seorang yang baik dan dia amat kacak . Pada pukul 4:30 petang , Ryeo Min
masih berada di tempat kerjanya . Tiba-tiba , dia ternampak Tae Ri memasuki
kedainya . Dia berasa malu jika Tae Ri tahu dia bekerja di sini , tetapi dia
tidak kisah kerana dia bukan orang yang popular di universiti . Tae Ri dan
rakan-rakannya memilih aiskrim yang mereka suka . Semasa dia pergi ke
tempat Ryeo Min , dia terkejut ."Ryeo Min ! Awak bekerja di sini ?" tanya
Tae Ri yang terkejut ."Ya , saya bekerja di sini kerana saya mahu ibu saya
hidup senang.Awak kan tahu yang saya sederhana miskin ? Saya bekerja jika
saya tiada kuliah dan saya tidak penat . Salahkah ?" jawab Ryeo Min .
Tae Ri terdiam dan membayar aiskrimnya dengan senyap . Tetapi , hatinya
sakit kerana Ryeo Min seperti memarahinya .

Sambungan di post ke-3 :D ..

Wednesday, December 28, 2011

Love Is Blind .. ( Fanfic )


Tae Ri bangun daripada tidurnya yang lena . Tiba-tiba dia menjerit sebaik
sahaja melihat jam locengnya yang menunjukkan pukul 7:35 pagi . "Otoke ?! ,
tinggal 25 minit sahaja lagi kuliah akan bermula." Tae Ri bingkas bangun
dari katilnya kemudian dia menuju ke bilik air . Tae Ri cuma dapat menghabiskan masa di rumahnya selama 14 minit sahaja . Tae Ri tidak
sempat bersarapan di rumahnya . Tae Ri memandu kereta Nissannya dengan
laju supaya sempat sampai di universitinya sebelum kuliah bermula . Sebaik
sahaja sampai di universiti , Tae Ri keluar dari keretanya dan dia terus
berlari dengan pantas . Tiba-tiba , dia terlanggar seorang lelaki , lelaki itu
mengangkat buku-buku Tae Ri sambil berkata ,"Mianei , saya sedang membaca
buku semasa berjalan tadi ." Tae Ri mengambil bukunya sambil merenung
muka lelaki itu sebentar . Tae Ri berkata ,"Tidak mengapa , Gomawo ." Selepas
itu , Tae Ri terus menuju ke bilik kuliahnya sambil berlari . Kadang-kadang ,
Tae Ri memikirkan lelaki itu semasa dia sedang berlari . Lelaki yang
melanggar Tae Ri tadi mengingati wajah Tae Ri yang sangat cantik . Dia
tersenyum tetapi dia bermasam muka kembali kerana dia cuma anak orang
sederhana miskin . Tiba - tiba , Soo Hyun menyergah Ryeo Min yang sedang
mengelamun . "Ryeo Min ! Kenapa kau mengelamun ?" Ryeo Min terkejut
lalu dia menjawab ,"Eh,mana ada aku mengelamun ! Aku tengah berfikir."
Selepas itu , Soo Hyun mengajak Ryeo Min pergi ke bilik kuliah mereka .

++++++++++++++++++++

Tae Ri berjumpa dengan dua kawan baiknya di dalam bilik kuliah itu .
"Annyeong Seo Ri and Yoo Ri !!" Seo Ri dan Yoo Ri memandang Tae Ri
kemudian mereka berkata , "Annyeong Tae Ri unnie .." . Tae Ri duduk di
tengah-tengah Seo Ri dan Yoo Ri . "Kenapa awak lambat hari ini , Tae Ri ?
Penat saya dan Yoo Ri menunggu awak di sini ." tanya Seo Ri . "Mianei , saya
bangun lambat , sekarang saya sangat lapar kerana tidak sempat bersarapan ."
jawab Tae Ri yang memegang perutnya yang berbunyi . "Ohh , kesian awak
sebab tidak sempat bersarapan . Eh , Puan Min Hyo sudah masuk , baik kita
semua diam sekarang ." cakap Seo Ri . Di kelas Ryeo Min , mereka sedang
berbual-bual sambil menunggu Encik Shin Woo memasuki kelas mereka .
Sebaik sahaja Encik Shin Woo masuk ke dalam kelas mereka , mereka terus
senyap seperti batu kerana takut jika mereka didenda .

Sambungan di post ke-2 ..