
Tae Ri bangun daripada tidurnya yang lena . Tiba-tiba dia menjerit sebaik
sahaja melihat jam locengnya yang menunjukkan pukul 7:35 pagi . "Otoke ?! ,
tinggal 25 minit sahaja lagi kuliah akan bermula." Tae Ri bingkas bangun
dari katilnya kemudian dia menuju ke bilik air . Tae Ri cuma dapat menghabiskan masa di rumahnya selama 14 minit sahaja . Tae Ri tidak
sempat bersarapan di rumahnya . Tae Ri memandu kereta Nissannya dengan
laju supaya sempat sampai di universitinya sebelum kuliah bermula . Sebaik
sahaja sampai di universiti , Tae Ri keluar dari keretanya dan dia terus
berlari dengan pantas . Tiba-tiba , dia terlanggar seorang lelaki , lelaki itu
mengangkat buku-buku Tae Ri sambil berkata ,"Mianei , saya sedang membaca
buku semasa berjalan tadi ." Tae Ri mengambil bukunya sambil merenung
muka lelaki itu sebentar . Tae Ri berkata ,"Tidak mengapa , Gomawo ." Selepas
itu , Tae Ri terus menuju ke bilik kuliahnya sambil berlari . Kadang-kadang ,
Tae Ri memikirkan lelaki itu semasa dia sedang berlari . Lelaki yang
melanggar Tae Ri tadi mengingati wajah Tae Ri yang sangat cantik . Dia
tersenyum tetapi dia bermasam muka kembali kerana dia cuma anak orang
sederhana miskin . Tiba - tiba , Soo Hyun menyergah Ryeo Min yang sedang
mengelamun . "Ryeo Min ! Kenapa kau mengelamun ?" Ryeo Min terkejut
lalu dia menjawab ,"Eh,mana ada aku mengelamun ! Aku tengah berfikir."
Selepas itu , Soo Hyun mengajak Ryeo Min pergi ke bilik kuliah mereka .
++++++++++++++++++++
Tae Ri berjumpa dengan dua kawan baiknya di dalam bilik kuliah itu .
"Annyeong Seo Ri and Yoo Ri !!" Seo Ri dan Yoo Ri memandang Tae Ri
kemudian mereka berkata , "Annyeong Tae Ri unnie .." . Tae Ri duduk di
tengah-tengah Seo Ri dan Yoo Ri . "Kenapa awak lambat hari ini , Tae Ri ?
Penat saya dan Yoo Ri menunggu awak di sini ." tanya Seo Ri . "Mianei , saya
bangun lambat , sekarang saya sangat lapar kerana tidak sempat bersarapan ."
jawab Tae Ri yang memegang perutnya yang berbunyi . "Ohh , kesian awak
sebab tidak sempat bersarapan . Eh , Puan Min Hyo sudah masuk , baik kita
semua diam sekarang ." cakap Seo Ri . Di kelas Ryeo Min , mereka sedang
berbual-bual sambil menunggu Encik Shin Woo memasuki kelas mereka .
Sebaik sahaja Encik Shin Woo masuk ke dalam kelas mereka , mereka terus
senyap seperti batu kerana takut jika mereka didenda .
Sambungan di post ke-2 ..
No comments:
Post a Comment