Friday, December 30, 2011

Love Is Blind .. ( SP4 )

++++++++++ Di rumah Tae Ri +++++++++++

"Annyeonghaseyo , ada orang di rumah ?"Jo Min mengetuk pintu rumah Tae Ri .
Ibu Tae Ri membuka pintu kemudian bertanya ,"Ya , kamu cari siapa ?"Jo Min
menjawab ,"Saya cari ibu Tae Ri , mak cik ke ibu Tae Ri ?"."Ya , saya ibu Tae Ri ,
kamu kawan dia ya ? Jemput masuk ." jawab ibu Tae Ri yang menjemput Jo Min
masuk ke dalam rumahnya ."Kenapa kamu datang ke sini cari mak cik?" tanya
ibu Tae Ri yang kehairanan ."Saya datang ke sini kerana saya mahu memberitahu
sesuatu kepada mak cik.Sebenarnya , saya sukakan Tae Ri , tetapi seorang
budak yang miskin merampas Tae Ri daripada saya.Tae Ri lebih sukakan dia
daripada saya." jawab Jo Min yang tersenyum jahat ."Apa ?! Anak orang miskin?!
Tidak mungkin Tae Ri bercinta dengan budak seperti itu ! Tidak mengapa ,
nanti mak cik akan menyuruh dia berkahwin dengan kamu ." jawab ibu Tae Ri
yang marah dan terkejut dengan kelakuan Tae Ri ."Baiklah , saya pergi dulu.
Annyeonggaseyo."Jo Min salam dengan ibu Tae Ri . Setelah Jo Min pergi , ibu
Tae Ri berkata di dalam hatinya ,"patutlah kebelakangan ini Tae Ri tidak habis-
habis keluar."Jo Min yang sedang memandu keretanya berkata,"Hahaha ,
Tae Ri , selepas ini kau tidak akan bersama budak tu lagi.Kau akan jadi milik
aku , Hahaha."

++++++++++++++++++++++++++++

"Tae Ri ! Mari sini sekejap ." panggil ibu Tae Ri ."Ya , omma . Ada apa ?" jawab
Tae Ri yang duduk di sofa ."Omma dengar kamu bercinta dengan budak lelaki
yang miskin , betul ?!"tanya ibu Tae Ri .Tae Ri sempat berkata dalam hatinya ,
"Alamak , macam mana omma boleh tahu pasal ini ? Siapa yang beritahu
omma ? Habislah saya dan Ryeo Min !"Tidak lama kemudian ,Tae Ri menjawab
pertanyaan ibunya itu."Ya , omma , saya bercinta dengan lelaki yang sederhana
miskin."Ibunya yang marah itu berdiri dan memarahi Tae Ri ,"Tae Ri ! Kamu
tidak boleh bercinta dengan lelaki itu lagi , kamu tidak akan kahwin
dengannya ! Kita ini orang yang kaya , kamu mahu malukan omma ?! Mulai
hari ini , kamu jangan berkawan dengan dia lagi !"kata-kata ibu Tae Ri
membuatkan Tae Ri sedih dan dia berkata ,"Omma , walaupun dia miskin ,
tapi dia seorang yang baik , kacak dan pandai .Omma , janganlah macam
ini ."kata Tae Ri yang sedang menangis ."Omma kata tidak boleh , tidak boleh
lah ! Kamu tidak faham ?!" Kemudian ibu Tae Ri pergi ke dapur . Tae Ri
berlari ke biliknya sambil menangis teresak-esak .Dia mahu kahwin dengan
Ryeo Min."Oppa , saranghae ! Tapi , kenapa omma tak kasi Tae Ri kahwin
dengan oppa ?"kata Tae Ri dalam hatinya .


Sambungan di post ke-5 , hehe :D .

No comments:

Post a Comment