Tae Ri memakan aiskrimnya sambil berbual-bual dengan Seo Ri dan Yoo Ri .
Kadang-kadang , Tae Ri memandang Ryeo Min yang sedang bekerja . Tae Ri
berkata di dalam hatinya ,"Oppa , sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan oppa .
Saranghaeyo , Tae Ri tak kisah kalau oppa sederhana miskin.Oppa sangat baik
dan amat kacak , itulah sebab Tae Ri suka oppa."Tae Ri sedih kerana Ryeo Min
tidak tahu yang Tae Ri sudah jatuh cinta dengannya.Sewaktu Tae Ri , Seo Ri dan
Yoo Ri keluar dari kedai ,Ryeo Min berkata ,"Mianei , noona .Saya cuma anak
orang yang sederhana miskin.Tidak mungkin saya akan berkahwin dengan
awak."Ryeo Min sedih kerana dia tidak setanding dengan Tae Ri .
+++++++++++++++++++++++++++++
Keesokan harinya , Tae Ri datang ke universiti seperti biasa ."Tae Ri unnie !!
Ada orang bagi awak sejambak bunga ros merah bersama kad ."jerit Seo Ri
yang sangat teruja ."Ada orang kasi saya ini ? Siapa yang kasi , Seo Ri ?" tanya
Tae Ri yang ingin tahu ."Mianei Tae Ri , kami berdua tidak tahu siapa yang
beri awak bunga ini . Ada orang hantarkan sahaja tetapi dia tidak memberitahu
saya siapa yang beri bunga ini kepada awak."panjang lebar jawapan yang
Seo Ri berikan ."Oh,tidak mengapalah.Wanginya bunga ini , saya suka bunga
ros merah ini."jawab Tae Ri yang amat suka dengan bunga-bunga ros itu .
"Baguslah jika awak suka dengan ros merah yang saya beri , saranghae Tae Ri ."
kata Ryeo Min yang bersembunyi di belakang pokok .
+++++++++++++++++++++++++++++
"Ryeo Min , tunggu sekejap . Saya mahu bercakap dengan awak di taman
sebentar , boleh kan ?"tanya Tae Ri yang merayu kepada Ryeo Min ."Arasso ,
Tae Ri."pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Ryeo Min . Mereka berdua
pergi ke taman , tiada siapa-siapa berada di situ kecuali mereka berdua .
"Ryeo Min , sebenarnya saya .."Tae Ri tidak dapat menyambung perkataan
kerana dia malu ."Sebenarnya saya apa , Tae Ri ?"tanya Ryeo Min yang pelik
dengan Tae Ri ."Saya suka awak , saranghaeyo oppa!"Tae Ri memeluk Ryeo
Min yang pelik dengan kelakuan Tae Ri ."Sebenarnya , saya pun suka awak ,
saranghaeyo Tae Ri !"jawab Ryeo Min yang juga mencintai Tae Ri . Seo Ri dan
Yoo Ri di belakang pokok terkejut dengan kelakuan Tae Ri . Tiba-tiba Yoo Ri
berkata ,"Oh My God , sweetnya mereka.Kalau lah itu saya dan lelaki idaman
saya."Seo Ri mengangguk kerana dia rasa Tae Ri amat sesuai dengan Ryeo Min.
Park Jo Min yang bersembunyi di pokok lain diekori oleh Steffina . Jo Min
amat marah dan geram dengan Ryeo Min . Kerana Ryeo Min sudah merampas
Tae Ri daripadanya ."Tae Ri ! Kenapa kau layan budak miskin itu ?! Aku lebih
kacak , baik dan kaya daripada dia !"Jo Min benar-benar marah dengan
Ryeo Min.Steffina tersenyum gembira kerana Tae Ri suka kepada Ryeo Min .
"Bagusnya mereka bercinta , selepas ini , tiada siapa yang boleh mengambil
Jo Min daripada aku." Lee Soo Hyun yang bersama Yoo Ri dan Seo Ri tersenyum
kerana ada orang menyukai Ryeo Min."Untungnya Ryeo Min kerana mendapat
teman wanita seperti dia.Semoga kamu berdua bahagia."
+++++++ Selepas beberapa bulan ++++++++
Tae Ri dan Ryeo Min selalu pergi keluar untuk janji temu. Mereka amat gembira
dan sangat mesra . Pada suatu hari di universiti , Ryeo Min sedang menunggu
Tae Ri di kafe universiti . Tiba-tiba Jo Min datang kepada Ryeo Min dan dia
terus menumbuk Ryeo Min ."Kenapa dengan kau , Jo Min ? Tiba-tiba nak
tumbuk aku ." tanya Ryeo Min yang sakit ."Aku tak nak kau dekati Tae Ri lagi ,
dia itu aku punya! Kau cuma anak orang miskin yang tak setanding dengan
Tae Ri !" jawab Jo Min yang sedang marah ."Ryeo Min , kenapa awak macam
ini ? Jo Min , awak tumbuk dia ya ?!" tanya Tae Ri kepada Ryeo Min dan Jo Min.
"Kenapa awak suka dia ?! Saya lebih pandai , baik dengan kacak daripada dia."
jawab Jo Min yang memuji dirinya sendiri ."Suka hati sayalah mahu dengan
siapa , itu bukan masalah awak ! Ini hak saya , sudah , jangan kacau Ryeo Min
lagi ! Kalau tidak , saya tidak akan berkawan dengan awak lagi !" jawab Tae Ri
yang amat marah dengan kelakuan Jo Min ."Awak tidak apa-apa ? Mianei
kerana saya terlambat." tanya Tae Ri yang amat risau dengan Ryeo Min .
"Saya tidak apa-apa , awak janganlah risau."jawab Ryeo Min yang sudah
bangun .Selepas itu , mereka beredar daripada situ . Steffina gembira dan
marah kerana Jo Min masih sukakan Tae Ri , tetapi Steffina gembira kerana
Tae Ri tidak suka dengan Jo Min lagi .

No comments:
Post a Comment