"Oppa ! Tunggu kejap !" jerit Tae Ri yang memanggil Ryeo Min.Setelah Tae Ri
berada di depan mata Ryeo Min , Ryeo Min bertanya ,"Ada apa , Tae Ri ?.Muka
Tae Ri nampak seperti sedih kemudian Tae Ri berkata ,"Oppa , saya ada satu
berita yang amat menyedihkan."Ryeo Min pun menjawab ,"berita yang
amat menyedihkan ? Berita apa ?"Tae Ri terus memeluk Ryeo Min
sambil menangis-nangis ."Kita kena putus sebab omma suruh dan Tae Ri tak
boleh kahwin dengan oppa.Tae Ri tak tahu siapa yang beritahu omma pasal
ni.Oppa , saranghae .. Kenapa semua ni terjadi ?"kata Tae Ri yang sedang
menangis-nangis . Jo Min yang bersembunyi tersenyum jahat dan dia berkata,
"Hahaha , sekarang kau jadi milik aku." Ryeo Min yang mendengar penjelasan
Tae Ri berasa sedih.Kemudian dia menjawab ," Tae Ri , Saranghae , tapi ,
Tae Ri kena ikut cakap omma . Tae Ri kena jadi anak yang baik ." Ryeo
Min mencium dahi Tae Ri buat kali yang terakhir . Kemudian Ryeo Min berkata,
"Annyeong Tae Ri , semoga Tae Ri bahagia dengan orang yang akan mengahwini
Tae Ri ."Tae Ri meraung ,"Aniyo! oppa , saya takkan bahagia tanpa oppa ,
oppa ! Oppa !"Ryeo Min pergi tanpa menoleh ke belakang , dia berazam mahu
belajar bersungguh-sungguh supaya dia boleh menjadi doktor yang berjaya .
Tae Ri pulang ke rumah sambil bermasam muka dan dia terus menangis
sebaik sahaja dia baring di atas katilnya .
++++++++++ Setahun kemudian .. ++++++++++++
"Tae Ri , bila kamu nak kahwin ? Kamu nak tunggu Ryeo Min ? Dahlah ,
baik kamu kahwin dengan Jo Min , dia adalah jodoh kamu! ",tanya ibu Tae Ri.
"Tae Ri tak akan kahwin dengan sesiapa kecuali Ryeo Min ! Tae Ri tak kisah
kalau tak dapat berkahwin ",jawab Tae Ri yang sakit hati dan sedih."Sudahlah,
malas omma nak cakap dengan kamu ! Omma nak keluar dan membeli - belah",
jawab omma Tae Ri lagi.Tae Ri menghiraukan ibunya yang sudah keluar
kemudian dia berkata,"Saya akan tunggu oppa menjadi doktor.Saranghae."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"Lebih bagus membeli-belah daripada menasihati Tae Ri yang keras kepala tu",
cakap omma Tae Ri.Sedang omma Tae Ri melintas jalan , sebuah kereta melanggarnya.Pemandu yang berada di dalam kereta itu meninggalkan ibu
Tae Ri yang berdarah-darah.Seorang pemuda yang lalu di situ segera pergi
ke ibu Tae Ri , dia membawa ibu Tae Ri ke hospital.Lelaki itu adalah seorang
doktor di hospital itu , dia merawat ibu Tae Ri."nurse , tolong telefon anaknya."
kata lelaki itu."Baiklah , saya akan menelefon anaknya."jawab jururawat itu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"Apa?!Omma kemalangan?Di mana?Baiklah,saya ke sana sekarang."jawab Tae Ri
yang cemas . Dia segera pergi ke hospital yang disebut oleh jururawat itu."Annyeong,di manakah bilik pesakit yang masuk tengahari tadi ? Namanya
Kim Min Yu."tanya Tae Ri."Biliknya berada di tingkat 2 , nombor 321."jawab
jururawat yang bertugas di situ.Tae Ri segera masuk ke dalam lif , sebaik sahaja
sampai ke bilik ibunya , dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya.
Dia masuk ke bilik itu dan berjalan dengan perlahan , kemudian dia berkata,
"Ryeo Min.." Lelaki itu terkejut dan juga menyebut nama Tae Ri . Tae Ri memeluk
lelaki itu dan dia berkata sambil menangis ,"Oppa , jangan tinggalkan Tae Ri
lagi , Saranghae oppa !"Lelaki itu membalas pelukannya dan berkata,"Mianhaeyo ,oppa tak boleh bersama Tae Ri, ibu Tae Ri tak benarkan Tae Ri berkahwin dengan oppa."
*sambungan di post ke-6*
No comments:
Post a Comment